Punca Tersedu

No comments:
Hello, hello.. hik! aku nak cerita sikit.. hik! (senyap) hik! (senyap) hik! pasal PUNCA TERSEDU... hik! hik! hik!

Tadi lepas makan donut, tetiba aku tersedu2.. selalunya kejap je, paling lama 1 minit kot.. Tapi yang ni lama pulak, ada dalam 5-8 minit. Cuba tahan nafas pun tak boleh hilang.. Jadi alang2 tengah on9, aku pun 'google' la cara hilangkan sedu... Then aku jumpa site nih (bangga)

www.ipislam.edu.my menyatakan yang:

BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya diafram bekerja dengan sempurna. Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan uadara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik! hik!



Hik! (senyap) hik! adoi letih la camni... hik! hik!

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja.

Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau megejutkan seseorang. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya. Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Ok, tarik nafas pelan2... tahan, 123... 10. (senyap..senyap).. Wah da ok!