Tak Bayar Tiket KTM

Mungkin malam tu otak aku tak dapat mengenalpasti secara tersirat akan maksud kewarasan. Membolehkan kehendak atau nafsu aku mengambil alih kerusi otak dengan mudah. (seakan berlawan permainan rebut kerusi berlatarbelakangkan lagu 'Untukmu Ibu- nyanyian Exists')

Sudah seminggu aku tak berhubung dengan sesiapa atas sebab kerosakan yang berlaku pada si handphone. Aku yang menyewa rumah di Putrajaya, mengambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas waktu isyak kerana rindu yang mendalam. Apasal la bodoh sangat aku ni ?? Waktu tu aku tak terfikir langsung tetang jadual akhir laluan KTM ke Batang Kali. 

Sampai di Putrajaya Sentral aku menunggu KLIA Transit BAS dengan sabar (sabar bendanya, bas lambat gila!) untuk ke KTM Serdang. Dalam keadaan yang sepatutnya aku perlu cepat untuk mengejar KTM, boleh pulak waktu tu aku menggunakan kosep berjimat cermat amalan kita !! Argghhh.. 

Akibat berasa tidak puas hati, aku pun meluru ke arah Pemandu bas yang berhenti berehat disitu..


Aku : Maaf bang tau tak.. (sebenarnya dia taraf pakcik) bas terakhir yang 
         gerak dari sini ke KTM Serdang pukul berapa ye ?? 

Pemandu bas : Pukul 10.30 malam.. kejap lagi sampai la tu.

Aku : Terima kasih bang !

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang 15 minit je lagi.. Tunggu punya tunggu bas tak kunjung tiba. Mula lah aku cuak yang teramat ! Aku jumpa pemandu bas tu lagi..

Aku : Bang takde pun bas..?

Pemandu bas : Takde?.. entah saya pun tak tahu.. bas dah takde kot..

Walawei yo shalala...1 jam kot aku tunggu.. Perlu ke aku balik semula ke rumah sewa ?? Takk... Seperti dalam rancangan 'The Amazing Race' Aku pun terus berlari naik tangga menuju ke kaunter KLIA Transit. 

Aku : Kak nak tiket ke Bandar Tasik Selatan. Tau tak, pukul berapa ye 
         laluan KTM yang terakhir ke Rawang??

Akak Kaunter : Err.. tak pasti la.. dalam pukul 11 ke sebelas lebih gitu..

Terus aku membulatkan mata memandang ke arah jam tangan.. Yes! Memang best betul !!... 

'JAM MENUNJUKKAN PUKUL 10.50 MALAM' (seperti handphone nokia 1280 yang boleh bercakap waktu jam berlatarbelakangkan suara perempuan tua)

Dalam pukul 11.15 pm, KLIA Transit pun tiba. Aku pun melangkah masuk, berdiri selama 3 saat untuk membuat pilihan kerusi mana yang best untuk diduduk.. Akhirnya aku melabuhkan punggung di kerusi tepi tingkap yang berhampiran dengan pintu.

Dalam pukul 11.30 pm, sampai je ke terminal, manusia berpusu-pusu keluar dari KLIA Transit ke arah jalan yang benar jalan yang masing-masing ingin tuju.. Aku yang baru first time menjejakkan kaki ke Terminal Bandar Tasik Selatan turut serta mengikut lagak mereka berjalan laju keluar dari tempat tersebut.

Setibanya di kaunter KTM....
Mata aku tertumpu pada satu tanda di hadapan kaunter. Disitu tertulis perkataan ' CLOSED '.....

"Baiklah, kaunter tutup.. Mesin Tiket pula takde jual tiket ke Batang kali".. Aku berdiri tenang (berdiri atas tangga antara kaunter dan stesen KTM dengan muka seribu kedutan akibat cuak). Seorang lelaki lewat 20-an yang baru lepas membeli tiket di mesin Tiket datang kearah aku.. 

Lelaki itu : Kenapa ?

Aku : Macam mana ni ye,, saya nak pergi Batang kali tapi kaunter tiket 
         dah tutup..

Lelaki itu : (senyap seketika) Ala redah je.. dah tengah malam macam nih, 
                kat stesen dah takde orang KTM tunggu amek tiket.. macam 
                kat stesen saya takde, selalunya saya tak beli pun tiket.. ni 
                saja2 je. 

Lelaki tu pun mengiring aku turun tangga.. sampai di anak tangga terakhir, handphone dia berbunyi, terus dia menjawab dan duduk kat tangga terakhir yang dia pijak. Aku pula terus menuju kehadapan mendapatkan kerusi kosong.... Lebih kurang 10 minit selepas itu, komuter pun sampai.

Di dalam komuter, mata aku tertumpu pada peta laluan KTM komuter.. "Ok, mari kita lihat.. Bandar Tasik Selatan - Salak Selatan - Seputeh - Midvalley - KL Sentral - Kuala Lumpur - Bank Negara - Putra - Segambut - Kepong - Kepong Sentral - Sungai Buloh - Kuang - Rawang - Serendah - Batang Kali....(senyap seketika) wei.. dimanakah Batang Kali ?? Apasal lampu kat peta laluan Batang Kali tak bernyala?? Mungkinkah laluan tersebuat sudah ditutup?? Ye mestilah... pekerja2 KTM kan makhluk yang bernyawa,, diorang mestilah mengantuk.. diorang nak tidur.. Aduh..!!! Sepatutnya aku beli tiket ke Rawang je tadi.. "

Bahagian gerabak aku takde orang... untuk menghilangkan rasa tertekan kerana mengalami rasa cuak yang berpanjangan, aku pun mengambil keputusan untuk baring sahaja di atas kerusi panjang.. Sambil2 tu aku pun berfikir yang bagaimanakah aku perlu menjawab pada orang jaga tiket tu nanti..aku juga perlu mencari public phone untuk menelefon ayah, supaya datang menjemputku.. Sesampainye di stesen Rawang..

Aku berjalan menuju ke penjaga tiket, dia menghulurkan tangan mengharapkan yang aku ada tiket untuk diberikan kepadanya.. dengan muka selamba aku pun menceritakan apa yang aku alami secara ringkas.. Alhamdulillah, aku terlepas tanpa mengenakan sebarang bayaran.

"Public phone.. public phone... telefon awam.. dimanakah kamu ??" sedang aku berlegar-legar mencari telefon awam, aku didatangi oleh 3 orang pemandu teksi. Mereka bertanya aku ingin ke mana, aku jawab yang aku nak balik ke rumah kat Batang Kali.. Salah seorang daripada mereka berkata yang dia boleh hantarkan dan meminta RM30 untuk tambang kesana. Aku lantas menolak dan berkata yang aku cuma ada duit separuh daripada yang diminta..

Baik betul pakcik teksi tu, dia kata dia boleh tolong hantarkan juga dengan tambang RM15. Selama lebih kurang 1 jam perjalanan dari Rawang ke Batang kali. Selama itu juga la aku mendengar sahaja apa yang diceritakan pakcik tersebut.. Takpe la orang tua memang suka bercerita.. aku dengar je la ..

Setibanya di hadapan rumah, ye pakcik tu mahu hantar aku sehingga di hadapan rumah walaupun aku menolak dan memintanya untuk hantar sampai ke simpang jalan Batang Kali je... Aku pun mengeluarkan tunai.. dan... Jeng ! Jeng ! Jeng !... aku cuma ada tunai RM8 je. Aku baru teringat yang aku dah guna pakai tunai yang sepatutnya untuk tambang kereta sapu kat Batang Kali untuk beli tiket KLIA Transit !

Aku : Alamak, saya ada RM8 je..

Pakcik Teksi : Takpe la bagi apa je yang kau ada.. (pasrah) tanpa meminta 
                     aku untuk mengambil duit di rumah.

Aku : Terima kasih sangat2 ye.. (macam tau2 je yang aku tengah sengkek
        sekarang nih)

Beg sandang yang dipakai dibetulkan, aku membuka pagar rumah dengan cermat.. aku berjalan beberapa langkah sehingga ke pintu rumah dan terus memberi salam.

Aku : Assalamu'alaikum

Penghuni rumah : Bukak je lah pintu tu,, tak kunci pun!

Aku : Aik apasal garang sangat ?? (bisik dalam hati)

Mak : La.. anak itik rupanya.. ingatkan 'a' tadi..

'a' (bukan nama sebenar) ialah adik lelaki aku, dia suka menyamar jadi orang lain seperti menukarkan suaranya kepada suara ala perempuan, apabila memberi salam ingin masuk ke rumah.. dan sanggup menyamar selama beberapa minit, sehingga salah seorang penghuni rumah yang terpedaya membuka pintu untuknya..

Mak : Pukul berapa dah ?? kenapa balik malam?? (muka pelik)

Aku : (Sambil melihat jam kat tangan) pukul 1.30 pagi.. (dan terus 
         menceritakan apa yang telah berlaku..)

Mak berulang kali mengucapkan syukur, sebab aku selamat sampai ke rumah.. dan ayah pula yang dari tadi tampak kool baring di atas kerusi panjang menghadap ke televisyen, terus bangun membulatkan mata dan memarahi aku..

Ayah : Dah tak kenal waktu siang ke?? nasib baik jumpa orang yang 
          baik2.. kalau orang tu niat jahat macam mana??

Aku : (cakap dalam hati) Sebab aku merindui kamu berdua.. (sambil 
         membuat senyuman yang agak awkward)


~ Walaupun nampak macam aku bernasib malang sangat hari tu.. Tapi sebenarnya tidak bagi aku. Rasanya, itulah hari dimana aku sangat banyak mengingati Allah swt.. menyebut2 namaNya, meminta2 dariNya agar aku dapat juga sampai ke rumah dalam keadaan selamat. Allah...


No comments: