Kenapa Perlu Tambah Berat Badan

Apabila angin bertiup kuat, rabbit dan koala akan berkata dengan muka cemas "Anak Itik! cepat kesini, biar kami mengikat kamu dengan tali supaya kamu tak diterbangkan angin!"

Sewaktu berjalan ditepi tiang-tiang di bawah bumbung pejalan kaki, rabbit akan berkata "Dimanakah Anak Itik!? Koala kau nampak anak itik tak?"

Pada waktu tu, kecoh berita 'pelajar wanita tercampak dipukul ribut'. Aku menerima panggilan dari ayah "Anak Itik! ayah dengar ada pelajar tercampak masuk longkang kena tiup angin, kau ke?"

Masih ingat suara ayah agak cemas, aku terpaksa meyakinkan ayah berulang kali yang budak perempuan tu bukannya aku. Untuk info lanjut boleh baca di sini (kepada pelajar wanita yang sebenar, aku faham situasi kamu. Jangan mengalah!)

Bila kawan-kawan mak datang rumah, mereka akan terpesona dengan susuk tubuh aku. 'Terpesona' di sini bermaksud memandang dengan penuh rasa kasihan (aku terluka). Ada yang bersimpati dan berkata ingin memberi lemak mereka kepada aku.

Tipu! mereka tak tunaikan! (marah)

Kenapa kamu ketawa!? Lebih baik kamu berlalu dari sini sekarang!

Aku kata Nyah!

Hrmm..aku cakap pasal apa ye tadi??

Oh ye, tambah berat badan.

Sambil meniarap, sambil melihat gambar-gambar di dalam majalah. Ye hanya melihat gambar. Begitulah cara makhluk bukan 'ulat buku' membaca. Aku terbaca satu tajuk yang dapat menarik nafsuku untuk terus membaca isi kandungannya.

Usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat untuk gemuk mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat. [Majalah Mingguan Wanita. Bil :1570. 20-26 Disember 2013. m/s : 68]


Ramai manusia anggap aku budak! Budak2 pun anggap aku budak! Sebab badan dan muka aku macam budak! Masa teman mak pergi hari konvokesyen sekolah menengah adik aku, ada budak ni tanya umur aku berapa dengan nada suara yang agak kurang sopan! Aku mudah dibuli dengan rakan sekerja, mereka suruh aku nyanyi lagu 'The Wonder Pets'!

Aku pernah menyewa rumah seorang chef yang pernah bekerja di London, katanya "kamu perlu naikkan lagi berat badan, struktur tubuh boleh mempengaruhi pandangan orang lain terhadap kita. Sewaktu saya bekerja di London, manusia2 di sana semua berbadan tegap dan besar. Sehinggalah saya juga seperti mereka. Mereka mula hormat pada saya".

Anak Itik berusahalah! InsyaAllah.

No comments: