Cara Elak Diejek Bila Terjatuh

Episod 1
Aku ingat lagi.

Pada suatu masa yang tidak berapa lama dahulu..... Sewaktu Anak Itik dan Rabbit tengah taksub mengulangkaji pelajaran, Rabbit telah menanyakan satu soalan kepada Anak itik. (Soalan yang tidak ada kaitan dengan subjek business yang sedang dipelajari).

Rabbit : Itik! Kalau kau terjatuh depan orang ramai, pastu semua orang yang nampak
            adegan kau jatuh tu tenung je kat kau, apa kau buat??

Anak Itik : Hm..  Buat bodoh pastu beredar cepat-cepat.. 

Rabbit : (mengerut dahi) Tak.... nanti lagi la diorang gelak kat kau! Kalau jatuh, pastu 
            orang ramai pandang.. kita kena buat muka kesian dan buat macam sakit
            sangat.. nanti diorang pun ikut kesian.

Anak Itik : Err..

------------
Episod 2
Situasi di bangunan blok B.

Sedang Anak Itik dan Rabbit berlari pecut memanjat tangga kerana sudah terlambat ke kelas, Tidak diduga, kaki Rabbit tersandung pada anak tangga lalu dia jatuh tersungkur secara extreme. Manusia-manusia yang berada berhampiran masing-masing terkejut dan terus memandang padu ke arah rabbit. Rabbit bangun sambil menepuk2 lututnya. Air mukanya berubah, berkerut-kerut seakan hendak menangis kerana sakit yang amat.

Anak itik yang juga terkejut dan terkaku melihat kejadian tersebut, sempat memandang beberapa manusia sekeliling.. Wala! Sungguh tak disangka-sangka mereka semua membuat muka kesian! Seakan sedang menonton cerita sedih drama hindi pula.. ingin sahaja aku mahu pergi ke arah rabbit lantas menepuk-nepuk bahunya sambil berkata "Syabas Shahrukh lakonan anda mantap!"

-Kadang kala Anak itik dan Rabbit gemar membuat sesuatu kajian dimana bahan uji kajinya ialah kami sendiri. (Secara sengaja atau tidak sengaja belakang kira).

No comments: