Tak Senonoh

Kenangan..

Lewat petang.. selesai sahaja kelas yang terakhir pada hari tu, Anak itik, Rabbit dan Koala berjalan perlahan keluar daripada kelas untuk pulang ke asrama. Sunyi sepi, masing-masing melayan diri sendiri.. masing-masing berjalan sambil termenung... berjalan melepasi tiap-tiap kelas di bangunan blok A itu..

Tiba-tiba aku ditolak masuk ke satu tempat oleh Rabbit dan Koala. Pantas! Aku tak sempat berbuat apa-apa. Sesungguhnya aku seorang insan yang lemah, insan yang kurus, insan yang tidak cukup zat dan kekuatan untuk melawan tolakkan mereka kembali... Aku pasrah dan merelakan sahaja badanku ditolak secara ganas.


"Amek gambar.. amek gambar !" Si Rabbit dan Si Koala yang sedikit terkinja-kinja dari luar pintu menyuruh aku ambil apa?.. ambil Gambar?? Sesekali mata mereka liar memandang sekeliling, mungkin mereka hendak pastikan tiada sesiapa yang melihat. Situasi cemas dimana tiga sekawan yang skema ingin menjadi nakal, nakal secara sembunyi.. 

Terpinga-pinga aku memandang sekeliling melihat tempat itu.. Sambil-sambil telinga aku masih mendengar permintaan mereka supaya menyuruh aku mengambil gambar. Disebabkan aku seorang yang lurus Seperti dipukau, aku menurut sahaja kehendak mereka. Laju aku mengangkat handphone yang telah sedia ada di genggaman tanganku, lantas mengambil gambar.

Seakan seorang photographer yang Professional, gambar yang diambil tidak gegar mahupun kabur. Yes, aku berjaya menjalankan misi dengan cemerlang sekali (bangga). Ye aku sedar, aku tengah melalui proses dibuli waktu tu.. tapi layan jela, aku taknak kecewakan mereka je (masih ego).

Selesai misi, kami bertiga berpusu keluar dari kawasan tersebut.. berjalan laju dengan penuh keyakinan. Sambil gelak terbahak-bahak untuk menghilangkan sedikit perasaan cuak yang masih belum hilang.. tepuk menampar antara satu sama lain. Sehingga ke asrama.. Sunyi sepi tadi telah hilang. Tamat.



Tiga sekawan yang memberontak akibat kekurangan kasih sayang.. 


No comments: