Aku, Komik & Hukum Melukis??

1 comment:

                                                                                              aku google

Assalamu'alaikum,,

Minggu lepas ada terbaca di satu blog, menyatakan yang melukis objek bernyawa tu Hukumnya Haram!? Rasanya ada jugak dengar khabar pasal ni bertahun dulu.. tapi terlupa dek peningkatan usia, huhu.. Tapi selepas baca hadith yang melarang melukis objek2 ciptaan Allah s.w.t yang bernyawa nih,, membuatkan aku stop terus melukis komik sampai sekarang.. Hrmm,, betul ke haram hukumnye?? Mula la aku rasa menyesal bagai, yela.. da habiskan duit dalam RM50 hanya untuk beli pen lukisan je. (Anak Itik dah kenapa engkau nih?! Ingat pesan mak untuk berjimat...)

Tapi dalam rasa menyesal tu.. terfikir juga yang bagaimana pula dengan melukis gambar manusia dengan tujuan berdakwah!?? sekarang ni perasan banyak sangat mesej2 dakwah disampaikan melalui lukisan. Contoh yang paling dekat sekali kat mana lagi kalau bukan di Facebook. Satu lukisan imej seorang lelaki atau perempuan, yang memakai pakaian yang menutup aurat dan cantik sekali, kat situ terdapat bubble dialog,  didalamnya ditulis sesuatu yang baik2.. Semestinya dapat menarik minat orang ramai untuk membaca mesej tu kan?? 
---------------------------

Masa syok guling2 atas katil (style anak itik).. mata aku tertumpu pulak kat kertas2 dan alatan2 melukis komik di lantai bilik..

Jantung Juga BERFIKIR ??

No comments:
Hasil kajian daripada salah seorang penyelidik iaitu Dr. J. Andrew Armour amat memeranjatkan apabila mendapati bahawa 60-65% komposisi jantung ialah sel-sel saraf seperti otak~

Jantung berdegup kencang tatkala kita berhadapan dengan orang yang disukai atau dicintai. Hal ini berlaku spontan selari dengan perubahan emosi kita. Begitu juga apabila kita sedang marah kepada seseorang, kita akan berasa sakit hati. Perasaan itu seolah-olah terpampang di hati dan tidak pada otak kita ..

Kecil-kecil Cili Padi
Walaupun saiznya hanya sebesar genggaman tangan manusia dan mempunyai berat sekitar 300-350gram, jantung merupakan salah satu organ yang paling penting di dalam badan kita. Melalui pembuluh-pembuluh darah, jantung bersambung terus dengan semua organ di dalam badan kita untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada badan. Ia terdiri dari 2 pam kiri dan kanan yang berdampingan. 


Misteri Hubungan Jantung dan Otak
Beberapa tahun sebelum ini, para saintis hanya mengkaji jantung dari sudut fisiologi dan patologi dan mereka hanya mengetahui fungsi jantung sebagai organ yang mengepam darah dan tidak lebih daripada itu. Namun, pada masa kini, kajian para saintis telah menemukan bahawa jantung juga mempunyai peranan dalam mempengaruhi psikologi, emosi dan mampu memberi kesan bagi setiap aktiviti pada otak manusia. Di dalam jantung seseorang terdapat kira-kira 40,000 sel saraf yang dikenali sebagai sensory neuritis yang berfungsi mengawal denyutan jantung, menghasilkan hormon dan menyimpan maklumat seperti otak. Kajian oleh 2 orang penyelidik, John dan Beatrice Lacey juga mengesahkan bahawa adanya signal yang mengalirkan maklumat dari jantung ke otak melalui cara tertentu. Signal-signal (aliran arus elektrik) secara dua hala antara jantung dan otak inilah yang akan mempengaruhi emosi dan bagaimana kita bertindak menghadapi persekitaran kita. Maka tidak hairanlah sekiranya kita perlu mendengar, berfikir, dan membuat keputusan berdasarkan rasa hati (jantung) kita, bukan hanya semata-mata berdasarkan logik akal kita.

Jantung juga adalah organ yang cukup unik kerana ia mendahului otak. Ia merupakan organ pertama yang berfungsi iaitu sekitar 3 hngga 4 minggu selepas persenyawaan. Otak pula hanya mula berfungsi sekitar minggu ke-13 dan ke-14. Ini menunjukkan jantung terlebih dahulu berfungsi berbanding otak dan ia boleh berfungsi tanpa arahan daripada otak. Di peringkat janin, jantung janin dan ibunya sering berkomunikasi dan proses inilah yang menjalinkan ikatan mesra antara ibu dan anak yang bakal lahir.

Jantung Penyimpan Memori
Menurut Prof. Gary Schwarts dan Prof. Linda, pakar psikiatri di Universiti Arizona, jantung mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan memproses sesuatu maklumat. Kajian mereka terhadap pesakit yang menjalani pemindahan jantung agak mengejutkan apabila mendapati semua pesakit