Aku, Komik & Hukum Melukis??


                                                                                              aku google

Assalamu'alaikum,,

Minggu lepas ada terbaca di satu blog, menyatakan yang melukis objek bernyawa tu Hukumnya Haram!? Rasanya ada jugak dengar khabar pasal ni bertahun dulu.. tapi terlupa dek peningkatan usia, huhu.. Tapi selepas baca hadith yang melarang melukis objek2 ciptaan Allah s.w.t yang bernyawa nih,, membuatkan aku stop terus melukis komik sampai sekarang.. Hrmm,, betul ke haram hukumnye?? Mula la aku rasa menyesal bagai, yela.. da habiskan duit dalam RM50 hanya untuk beli pen lukisan je. (Anak Itik dah kenapa engkau nih?! Ingat pesan mak untuk berjimat...)

Tapi dalam rasa menyesal tu.. terfikir juga yang bagaimana pula dengan melukis gambar manusia dengan tujuan berdakwah!?? sekarang ni perasan banyak sangat mesej2 dakwah disampaikan melalui lukisan. Contoh yang paling dekat sekali kat mana lagi kalau bukan di Facebook. Satu lukisan imej seorang lelaki atau perempuan, yang memakai pakaian yang menutup aurat dan cantik sekali, kat situ terdapat bubble dialog,  didalamnya ditulis sesuatu yang baik2.. Semestinya dapat menarik minat orang ramai untuk membaca mesej tu kan?? 
---------------------------

Masa syok guling2 atas katil (style anak itik).. mata aku tertumpu pulak kat kertas2 dan alatan2 melukis komik di lantai bilik..

"Hrm, rasanya da semingggu aku tak sentuh korang!" Perasaan kecewa terasa kat dada.. banyak betul cerita yang aku nak curahkan kat kertas tuh.. Disebabkan rasa sayang nak tinggalkan macam tu je pada komik pertama aku tu.. Jadi aku google la pasal hukum melukis komik ni tadi.. dan aku jumpa  : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1956.0 yang menerangkan secara detail tentang 'Hukum Melukis Gambar pada Pandangan Islam' dekat sini aku letakkan sedikit info berkaitan yang aku amek dalam site nih:

Hadith yang menunjukkan seolah-olah Pelukis mencabar Allah s.w.t

* Berkenaan dengan hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa telah mencabar Allah Taala.


* Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan untuk disembah,


ataupun


* Orang yang melukis tersebut sendiri ingin menjadikan lukisannya sebagai satu cara untuk menyatakan kapada orang lain bahawa dia mampu melakukan sebagaimana Allah menciptakan sesuatu objek. Ini bermakna si Pelukis sendiri yang berniat untuk mencabar kehebatan Allah dalam mencipta alam.

* sekiranya si Pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yag tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.

-----------------------

Cara menyampaikan dakwah melalui gambar merupakan satu kaedah yang berjaya??

# Secara jujurnya, selepas aku baca mesej dari gambar2 tu kat facebook,, mesti aku save dalam folder kat laptop.. yelah, gambar yang cantik tu.. tak boring kot kalau nak baca atau tatap berulang kali. Lagipun ramai yang 'Like',, da nampak sangat korang pun suka.. Setuju? Jadi pada pandangan aku, selagi mana lukisan tersebut merupakan sesuatu yang baik,, dan dapat membawa ramai manusia kearah kebaikan.. Ianya merupakan satu kaedah yang berjaya dan sangat tak salah kot!

Akhir kata, mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni.. dan juga tahu hukum sebenarnya samada boleh atau tidak melukis gambar. Kot2 aku yang tetingal kat belakang,, baru tahu pasal ni kan.. heheh. Papepun, Anak Itik nak minta maaf jika ada perkataan atau perkara yang disampaikan di atas, ada yang salah ye.. =) Jadi.. macam mana dengan komik aku tu?? Hehe.. aku akan mula lukis balik start hari ni kot.. Minta agar segala yang aku lakukan dan mereka yang menjadikan lukisan sebagai satu jalan dakwah, mendapat redhaNya. 
Post a Comment