Anak Itik nak hidup biasa-biasa je..?


Assalamu'alaikum dan hai..

Keadaan dimana Anak Itik sibuk meroti.

Sudah 2 buln aku mengusahakn perniagaan sendiri. Alhamdulillah sudah lama aku bkerja keras akhirnya nmpaklah sedikit kemajuan pada diri ni. Sambil duduk, sambil menunggu roti2 kembang sebelum dibakar. Aku pun mengimbas kenangan lama..

Sebelum ini Anak Itik(Ai) dan kekawan di tempat kerja bakery pernah membuat beberapa perbincangan. Dengan wajah masing-masing yang serius kami memulakan bicara. diantara isu yang timbul ialah 'Apa yang kita akan jadi pada masa depan?, takkan nak hidup mengkuli dan memperhambakan diri sepanjang hayat kat sini kot !!' Munah memulakan luahan bicaranya kepada rakan-rakan sekerja.

Ya itulah antara kata-kata perbincangan yang bernada marah dari pekerja sebuah kedai bakery. Biasanya kejadian ini berlaku setiap kali setelah bertekak dengan bos kerana ketidakpuasan hati pekerja-pekerja disitu dalam sesuatu perkara.

Perbincangan diantara pekerja-pekerja yang kesemuanya wanita itu meleret-leret berpanjangan sehingga ke tajuk 'Nak jadi kaya'. Tak sah kalau hanya seorang dua sahaja yang berbicara. Setelah beberapa pekerja menyatakan pandangan.. tibalah giliran Ai untuk meluahkan kata-kata. Mata masing-masing tertumpu kepada Ai. Ai turut menumpukan matanya kepada mata-mata yang memandang. Dengan lafaz bismillah, Ai berbicara..

"Sy taknak jadi kaya, cukuplah dengan hidup bersederhana. Macam yang kamu semua tahu, mula-mula sy masuk keje kat sini, niat sy nak belajar pastri dan nak bukak bisnes suatu hari nanti. Tapi sy nak buka bisnes yang sederhana je, cukuplah ada 3, 4 orang customer tetap. Janji sy dapat hidup yang mana tak perlu berhutang kalu nak beli barangan letrik. Sy nk rezeki sy berkat, bkerja dan mengumpul pahala akhirat. Iya itu pun dah memadai..." dan bla..bla..

Teserlah kesederhanaannya cita-cita Ai. Ai seorang pelajar lulusan dip pengajian perniagaan cumalah seorang gadis bujang dikalangan makcik-makcik yang bekerja di situ. Kerana telah 2 tahun lamanya Ai bersahabat bersama makcik-makcik, diri dan pemikiran Ai pun bertambah matang.

...
Namun semua yang dipikirkan aku berkenaan kesederhanaan itu best, telah menjadi kacau bilau sewaktu aku menstalk beberapa jutawan muda yang kaya raya dengan usaha menjual produk kecantikan dan kesihatan. Sesungguhnya aku mengakui cemburu dengan segala aset2 mewah seperti rumah, kereta dan sebagainya yang mampu mereka miliki..

Sekian..