haaa... da lama anak itik tak berblogging.



Assalamu'alaikum. Taqabbalallahu minna wa minka.

Sepanjang aku lupakan sekejap dunia blogging, dah macam² perkara yang berlaku dalam hidup aku nih. Ingin pula rasanya aku curahkan semula pada blog anak itik comot, tapi nak imbas satu² memori merupakan satu hal yang menyusahkan. maka lantak engkau lah (ditujukan kepada memori)

2015 raya aidilfitri hari ke-3. Entah kenapa aku teringat balik yang aku pernah punyai sebuah blog. Aku login dan baca semula beberapa cerita dan perkara² yang aku telah curahkan. Dengan tiada sifat malunya aku simpulkan, yang blog aku sangat hambar. Apa² pun dongibab!

baiklah, oleh kerana sekarang aku rasa agak teruja untuk menaip sesuatu di sini lagi. tanpa berfikir panjang, hendak aku kongsikan berkenaan 'Hal² hidup Anak Itik kini'. Dibawah aku senaraikan dalam bentuk point² kerana mahu tampak kemas.

• aku pernah post pasal laptop aku yang rosak. laptop aku yang rosak,  masih tidak berganti.

• aku pernah hebahkan yang salah satu cita² aku ingin menjadi pelukis komik, namun sekarang aku sudah tinggalkan usaha nak melukis komik lagi, babai cita².

• masih berusaha untuk naikkan berat badan. sekarang aku banyakkan minum susu. bayi membesar dengan minum susu... kenapa tidak aku

• dah lama aku tak naik ktm, sekarang tempat kerja aku dekat je dengan rumah.

• umur aku tahun 2015 nih dah 24 thn, dan harta aku yang paling mahal ialah scooter. Aku perasan yang rezeki aku agak merangkak. salah sendiri sebab kurang berdoa. Apa² pun aku bersyukur dan bahagia.

ok itu je.. *sudah puas hati

disebabkan sekarang kita umat islam sedang menyambut hari raya, aku juga tak mahu lepaskan peluang untuk berbicara sedikit berkenaan isu raya yang timbul. aku dok perati je anak² muda yang datang menziarah rumah sanak saudara, mereka dilihat asyik dan leka menghadap cellphone masing². Aku menepuk bahu salah seorang budak lalu menggosok² belakang badannya. aku senyum dan memulakan bicara... "dik pernah main congkak? kenal tak batu seremban?".... budak² lain yang duduk berdekatan mula menyampuk. berbual dan terus berbual bersama. diakhir bicara salah seorang budak menanyakan sesuatu yang membuatkan aku berasa awkward. "akak pernah cuba masuk ujibakat rajalawak?" ...

Post a Comment