Join Game Anak Itik Comot 2014


Percubaan..Percubaan 123.. (ketuk2 microphone). Hello... yang kat hujung tu dengar tak!?? (pandang manusia2 yang berdiri jauh). Kalau dengar sila angkat tangan dan melambai! (hanya beberapa sahaja yang menurut mengangkat tangan). Baiklah, Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera (memandang sekeliling dengan muka yakin). Berdirinya saya Anak Itik Comot disini hari ini kerana ingin mengishtiharkan, yang saya mahu kita bersama-sama menjayakan satu game!!!! (^O^) (bunyi tepukan gemuruh pun kedengaran). 

Syarat-syarat permainan : 
* Follow blog Anak Itik (bagi yang belum)
* Buat entri bertajuk 'Join Game Anak Itik Comot 2014' 
   (copy je balik Syarat, Peraturan & Soalan dari entry Anak Itik)
* Letakkan Banner di atas dan linkkan pada post ini.
* Tinggalkan juga URL Entri kamu di ruangan komen Anak Itik.
* Game ni tiada tarikh tamat. Jadi sesape je boleh join sampai bila-bila.

Peraturan permainan :
* Guna Google Image untuk mencari jawapan daripada soalan dibawah. Kemudian kamu perlu memilih satu gambar mengikut kiraan melintang dari nombor kesukaan kamu (soalan 1) dan post kan gambar tersebut sebagai jawapan kamu. Buat huraian di bawah gambar. 

* Kalau kamu menjawab nombor tiga(3) pada soalan pertama, dan untuk soalan kedua dan seterusnya, gambar yang ketiga di google image tersebut terdapat unsur lucah/manusia tak tutup aurat dll yang tak patut. Jangan ambil !! Diringankan syarat kamu boleh pilih apa-apa sahaja gambar yang kamu suka di page pertama google image.

Kalau nak tau soalannya macam soalan biodata je. Setelah menjawab semua soalan, InsyaAllah Anak Itik akan mula Blogwalking ke page kamu pada 1 jan 2014.. cuma BW je.. sambil baca2 biodata korang.. sambil follow korang.. sambil like2 page2 korang.. Sambil komen2 entri korang.. Itu je.

P/s: Niat di hati nak tambah follower sambil eratkan ukhuwah sesama blogger kiranya =) hui hui hui..

Nah.. aku yakin kamu boleh jawab soalan-soalan yang diberikan dibawah selagi ia tak melibatkan soalan matematik tambahan !

Soalan :
0) Angka 1-10 yang kamu suka?
1) Nama kamu ?
2) Blog kamu berkaitan...?
3) Makanan kegemaran ?
4) Minuman kegemaran ?
5) Suka warna ?
6) Subjek yang disukai ?
7) Siapa kawan rapat kamu ?
8) Hobi/ Masa lapang buat....?
9) Cita2/ Kamu ingin menjadi...?

****
Biodata Anak Itik Comot


Suka nombor 3
Aku anak ketiga, sebab tu aku suka nombor tiga.


Nama aku Anak Itik Comot
Ermm.. tak pasti kenapa aku sedang bermesra dengan si kucing, 
untuk pengetahuan korang kawan rapat aku ialah Rabbit.


Blog aku berkaitan Hal aku, lawak tak berguna, 
Kekadang ada juga post2 Islamik.
Aku copy & paste je jawapan aku kat atas di google image, 
Kedudukan nombor 3 ialah gambar budak terkejut ni.. 
Adakah dia terkejut kerana gambar dia menjadi pilihan aku??


Makanan kegemaran ialah spaghetti
Sebenarnya aku sayang semua makanan


Minuman kegemaran ialah nescafe ipoh white coffee
Aku mula berjinak minum nescafe masa kat U. 
Dia merupakan teman yang agak rapat bila study tengah malam. 
Sebelum tu aku suka minum lembu punya susu.


Suka warna hitam & ungu
Yamaha Jupiter mx warna hitam-ungu.


Subjek yang disukai ialah Sains Fizik
Aku suka Sains, tapi cikgu masukkan aku kat kelas Perakaunan. 
Kerana itu aku sudah terlupa cita-cita aku ialah menjadi Arkitek, 
bukannya ahli perniagaan!


Saya berkawan rapat dengan Rabbit
Eh, ni rabbit punya pakcik la.... kawan aku berbulu putih.
(nampaknya google sudah silap)


Hobi kesukaan aku ialah mencuba resepi
Lagi-lagi bikin kek! Tapi aku tak berapa suka makan kek.


Aku ingin menjadi chef pastry.
Kalau diizinkan, aku nak jadi Pereka baju muslimah, 
Pembuat kek, dan Pelukis komik dalam satu masa.
(Agak tinggi cita-cita)


-Ok, sekarang aku nak juga tahu serba sedikit perihal diri blogger2 sekalian. Selamat mencuba! Kalau tak faham tanya je. =)


No comments: