Cara Elak Diejek Bila Terjatuh

No comments:
Episod 1
Aku ingat lagi.

Pada suatu masa yang tidak berapa lama dahulu..... Sewaktu Anak Itik dan Rabbit tengah taksub mengulangkaji pelajaran, Rabbit telah menanyakan satu soalan kepada Anak itik. (Soalan yang tidak ada kaitan dengan subjek business yang sedang dipelajari).

Rabbit : Itik! Kalau kau terjatuh depan orang ramai, pastu semua orang yang nampak
            adegan kau jatuh tu tenung je kat kau, apa kau buat??

Anak Itik : Hm..  Buat bodoh pastu beredar cepat-cepat.. 

Rabbit : (mengerut dahi) Tak.... nanti lagi la diorang gelak kat kau! Kalau jatuh, pastu 
            orang ramai pandang.. kita kena buat muka kesian dan buat macam sakit
            sangat.. nanti diorang pun ikut kesian.

Anak Itik : Err..

------------
Episod 2
Situasi di bangunan blok B.

Sedang Anak Itik dan Rabbit berlari pecut memanjat tangga kerana sudah terlambat ke kelas, Tidak diduga, kaki Rabbit tersandung pada anak tangga lalu dia jatuh tersungkur secara extreme. Manusia-manusia yang berada berhampiran masing-masing terkejut dan terus memandang padu ke arah rabbit. Rabbit bangun sambil menepuk2 lututnya. Air mukanya berubah, berkerut-kerut seakan hendak menangis kerana sakit yang amat.

Anak itik yang juga terkejut dan terkaku melihat kejadian tersebut, sempat memandang beberapa manusia sekeliling.. Wala! Sungguh tak disangka-sangka mereka semua membuat muka kesian! Seakan sedang menonton cerita sedih drama hindi pula.. ingin sahaja aku mahu pergi ke arah rabbit lantas menepuk-nepuk bahunya sambil berkata "Syabas Shahrukh lakonan anda mantap!"

-Kadang kala Anak itik dan Rabbit gemar membuat sesuatu kajian dimana bahan uji kajinya ialah kami sendiri. (Secara sengaja atau tidak sengaja belakang kira).

Demi Masa

No comments:
Ambillah waktu untuk :

berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

~Peringatan bersama (^-^)/

Tak Senonoh

No comments:
Kenangan..

Lewat petang.. selesai sahaja kelas yang terakhir pada hari tu, Anak itik, Rabbit dan Koala berjalan perlahan keluar daripada kelas untuk pulang ke asrama. Sunyi sepi, masing-masing melayan diri sendiri.. masing-masing berjalan sambil termenung... berjalan melepasi tiap-tiap kelas di bangunan blok A itu..

Tiba-tiba aku ditolak masuk ke satu tempat oleh Rabbit dan Koala. Pantas! Aku tak sempat berbuat apa-apa. Sesungguhnya aku seorang insan yang lemah, insan yang kurus, insan yang tidak cukup zat dan kekuatan untuk melawan tolakkan mereka kembali... Aku pasrah dan merelakan sahaja badanku ditolak secara ganas.

Tergoda

No comments:
Assalamu'alaikum.

Hari ini aku nak meluahkan sesuatu..
Aku mahu semua orang tahu akan perkara ni..

Ianya Soal hati.... hik hik hik (malu)
Sesungguhkan, hati kecilku telah tergoda dengan kecantikan si dia..






http://ricardoandika.wordpress.com/2011/12/08/gambar-pilihan-binatang/

Apa? macam mana aku boleh jumpa bebek cantik nih??
Aku tersalah masuk dalam blog manusia Indonesia.


Tak Bayar Tiket KTM

No comments:
Mungkin malam tu otak aku tak dapat mengenalpasti secara tersirat akan maksud kewarasan. Membolehkan kehendak atau nafsu aku mengambil alih kerusi otak dengan mudah. (seakan berlawan permainan rebut kerusi berlatarbelakangkan lagu 'Untukmu Ibu- nyanyian Exists')

Sudah seminggu aku tak berhubung dengan sesiapa atas sebab kerosakan yang berlaku pada si handphone. Aku yang menyewa rumah di Putrajaya, mengambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas waktu isyak kerana rindu yang mendalam. Apasal la bodoh sangat aku ni ?? Waktu tu aku tak terfikir langsung tetang jadual akhir laluan KTM ke Batang Kali. 

Sampai di Putrajaya Sentral aku menunggu KLIA Transit BAS dengan sabar (sabar bendanya, bas lambat gila!) untuk ke KTM Serdang. Dalam keadaan yang sepatutnya aku perlu cepat untuk mengejar KTM, boleh pulak waktu tu aku menggunakan kosep berjimat cermat amalan kita !! Argghhh.. 

Akibat berasa tidak puas hati, aku pun meluru ke arah Pemandu bas yang berhenti berehat disitu..

Solat- Biar Gambar Berbicara

No comments:
Assalamu'alaikum.

Cuma nak cakap..
Solat la.. 
Jika tak mahu..
Dilabel sombong..
Pada Allah swt.

~Gambar dari FB sape entah [plagiarisme (ciplak) yang diakui]

Dicabuli

No comments:
Sedih ! Sedih Betul ! Selain itu, aku rasa marah jugak !

kerana...

Aku terasa dicabuli (noktah) 

Seseorang di twitter pernah menyampaikan... 


Benar, aku mengaku kata-katanya benar. Dimana seperti seorang tua yang berpenyakit nyanyuk, banyak kali aku terlupa untuk mengunci pintu bilik air ketika mandi.. (maaf sangkaan kamu meleset.. aku tidak mandi di tasik).

Terasa dicabuli..

Apabila sudah beberapa kali penghuni rumah membuka pintu bilik air ketika aku tengah mandi. Aku berasa ketidakadilan dan sedihnya hati apabila mereka memarahi aku pula.

Zrekk.. pintu dibuka

Aku : Aahh.. (bunyi jeritan anak itik)

Penghuni rumah : Woi !! tak reti nak kunci pintu ke??! #@$%... 
                          (sambil berlalu pergi)

Pengajaran : Makan kismis minda.

'Ibarat Mengambil Tip Diet dari Orang Gemuk'

No comments:
Pernah aku tak sengaja TERbaca statement di atas dari blog Manusia Melayu..

Apakah maksudnya ???

Ye, kamu mesti boleh teka.. 

Tapi secara seriusnye dan aku tidak menipu.. Aku betul-betul ada ambil tip diet dari orang gemuk.. Sebab aku underweight. 

~ Ibarat menggunakan Skema Jawapan UPSR untuk menjawab periksa 
   SPM.
~ Ibarat Manusia Melayu termasuk ke blog page Manusia Thailand.
~ Ibarat kura-kura mengajar anaknya berlari.

Aku bodoh peribahasa..

Kepala sudah sakit.

Pertanyaan

No comments:
Dapat mesej kat fesbuk...

Budak FB :   Muka takde?
Aku reply :   Ada la... 2 biji mata, 2 lubang hidung, dan 1 paruh...
Budak FB :   Paruh ???

Mesti dia tak tau blog aku.

-Blog Anak Itik Comot-

Pemandangan

No comments:
Sudah berbulan-bulan lamanya aku tak mengupdate blog. Apakan daya, aku cuma insan biasa yang tak tetap pendirian. Apakan daya orang tak sudi membaca. Apakan daya...

Ah, dah kenapa aku ni. Nampaknya aku dah tak terer menulis. Aku benci intro ni macam haprak.. Aku cuba sekali lagi.

Beb, da lama tak jumpa... (puas hati)

Aku (Anak Itik Comot) sewaktu berjalan-jalan ditepi tasik. Aku sempat menggambil gambar pemandangan yang sangat cantik dan mempersonakan ini.

Gambar diambil pada tengah malam