Tercabar!

No comments:
27 Feb,
Malam tadi tetiba ada seorang pelajar perempuan ni suruh aku search google image berkaitan 'Gadis Piano'. Bila aku tanya kenapa, katanya ada muka dia disitu. Sambungnya lagi Gadis Piano tu sebenarnya ialah tajuk sebuah novel. Hasil karya beliau sewaktu tingkatan 1 dahulu. Aku yang dari tadi hanya mendengar dengan mata yang berkaca-kaca, mula membuka cerita yang aku pun berminat untuk menghasilkan sebuah novel grafik! Beberapa cerita sudah ditulis dan gambaran wataknya telah dilukis, tapi belum sampai pertengahan cerita dah mengalah! Boleh dikatakan semua cerita yang berlegar kat kepala hotak aku ni cuma 30% sahaja yang mampu aku curahkan di atas kertas/ microsoft word. Malas, bz... membuatkan cita-cita aku untuk menjadi penulis hanya tinggal angan-angan! Adik terima kasih ye.. Nampaknya sudah ada semangat untuk kembali berkarya. Hahaha.

berusaha untuk menghasilkan novel grafik adalah impian yang sudah lama terbuku. 


Berdiri Tenang di Tengah Hujan Lebat.

No comments:
Assalamu'alaikum

Saya diberitahu bahawa laptop saya tak dapat diselamatkan lagi.. Tapi kerana cintanya saya pada berblogging, InsyaAllah saya akan cuba untuk tidak menjadikan kata-kata ini menjadi kata-kata terakhir untuk saya berbicara di 'Blog Anak Itik Comot'.. .

ps : 28 Februari, adalah ulang tahun kelahiran saya. Mohon do'a dari sahabat. =)

Kenapa Perlu Tambah Berat Badan

No comments:
Apabila angin bertiup kuat, rabbit dan koala akan berkata dengan muka cemas "Anak Itik! cepat kesini, biar kami mengikat kamu dengan tali supaya kamu tak diterbangkan angin!"

Sewaktu berjalan ditepi tiang-tiang di bawah bumbung pejalan kaki, rabbit akan berkata "Dimanakah Anak Itik!? Koala kau nampak anak itik tak?"

Pada waktu tu, kecoh berita 'pelajar wanita tercampak dipukul ribut'. Aku menerima panggilan dari ayah "Anak Itik! ayah dengar ada pelajar tercampak masuk longkang kena tiup angin, kau ke?"

Masih ingat suara ayah agak cemas, aku terpaksa meyakinkan ayah berulang kali yang budak perempuan tu bukannya aku. Untuk info lanjut boleh baca di sini (kepada pelajar wanita yang sebenar, aku faham situasi kamu. Jangan mengalah!)

Bila kawan-kawan mak datang rumah, mereka akan terpesona dengan susuk tubuh aku. 'Terpesona' di sini bermaksud memandang dengan penuh rasa kasihan (aku terluka). Ada yang bersimpati dan berkata ingin memberi lemak mereka kepada aku.

Tipu! mereka tak tunaikan! (marah)

Kenapa kamu ketawa!? Lebih baik kamu berlalu dari sini sekarang!

Aku kata Nyah!

Hrmm..aku cakap pasal apa ye tadi??

Oh ye, tambah berat badan.

Sambil meniarap, sambil melihat gambar-gambar di dalam majalah. Ye hanya melihat gambar. Begitulah cara makhluk bukan 'ulat buku' membaca. Aku terbaca satu tajuk yang dapat menarik nafsuku untuk terus membaca isi kandungannya.

Usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat untuk gemuk mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat. [Majalah Mingguan Wanita. Bil :1570. 20-26 Disember 2013. m/s : 68]


Ramai manusia anggap aku budak! Budak2 pun anggap aku budak! Sebab badan dan muka aku macam budak! Masa teman mak pergi hari konvokesyen sekolah menengah adik aku, ada budak ni tanya umur aku berapa dengan nada suara yang agak kurang sopan! Aku mudah dibuli dengan rakan sekerja, mereka suruh aku nyanyi lagu 'The Wonder Pets'!

Aku pernah menyewa rumah seorang chef yang pernah bekerja di London, katanya "kamu perlu naikkan lagi berat badan, struktur tubuh boleh mempengaruhi pandangan orang lain terhadap kita. Sewaktu saya bekerja di London, manusia2 di sana semua berbadan tegap dan besar. Sehinggalah saya juga seperti mereka. Mereka mula hormat pada saya".

Anak Itik berusahalah! InsyaAllah.

Kempunan Durian Belanda

No comments:

Seriously aku mengidam sangat nak makan #Durian Belanda. Rasanya dah 2 tahun kot aku tak makan. Akhirnya aku meluahkan keinginan aku kat mak... Start dari hari tu, tiap kali pergi pasar, mak pula yang ingatkan aku untuk beli Durian Belanda kalau ada, bagi melunaskan nafsuku...

Ayah kata haritu nampak kat Econsave banyak, tapi time aku pergi takde pulak... Selang beberapa hari lepastu kami pergi ke pasar Selayang, singgah kat kedai buah.. Mat Bangla yang jaga..

(perbualan antara Ayah dan Mat Bangla)

Ayah          : durian belanda ada tak?
Mat bangla : tada... (sambil memusing2kan kepalanya)
Ayah          : kenal ke itu durian belanda??
Mat bangla : kenal la... itu buah hari2 ada sini jual..!
Ayah          : semalam ada??
Mat bangla : semalam ada.. hari ni tada..

Aku hampa... (terasa buah tersebut seakan berlaku curang terhadapku) boleh pulak takde time aku datang.. isk..

***
Hari mingu, sewaktu dalam perjalanan ke kampung Damansara kami sekeluarga sempat singgah sebentar di gerai buah tepi jalan. Aku hampa lagi...

Melihat muka aku yang hampa, ayah pun berkata : buah #Nona tu pun lebih kurang je.. cuma rasa dia manis.. tak masam. 

Aku pun beli.. =3 (tapi masih tak dapat mengubat hati yang lara..)

***
Beberapa minggu kemudian, ayah & mak yang baru pulang dari kenduri kahwin di Johor... 

Mak  : Anak Itik, mak ada beli durian Belanda =)
Aku   : Mak.. u r so sweet... (cakap dalam hati sambil mata berkaca-kaca)

# Mengisahkan pengorbanan mak & ayah terhadap anaknya yang kempunan durian belanda... Allah~

Join Game Anak Itik Comot 2014

No comments:

Percubaan..Percubaan 123.. (ketuk2 microphone). Hello... yang kat hujung tu dengar tak!?? (pandang manusia2 yang berdiri jauh). Kalau dengar sila angkat tangan dan melambai! (hanya beberapa sahaja yang menurut mengangkat tangan). Baiklah, Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera (memandang sekeliling dengan muka yakin). Berdirinya saya Anak Itik Comot disini hari ini kerana ingin mengishtiharkan, yang saya mahu kita bersama-sama menjayakan satu game!!!! (^O^) (bunyi tepukan gemuruh pun kedengaran).